Penjanaan kuasa Magneto

Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat Magneto (penjana).

Magneto mempunyai kelebihan keringkasan dan kebolehharapan, tetapi tidak cekap kerana aliran magnet yang lemah dari magnet kekalnya. Ini mengehadkan kegunaannya kepada aplikasi berkuasa tinggi. Magneto penjana kuasa terhad kepada bidang-bidang tertentu, seperti menjana kuasa lampu arka atau rumah api yang paling memerlukan sifat kestabilan keluaran atau sekadar boleh diharap.

Basikal

Salah satu kegunaan magneto yang umum pada masa kini adalah menjana kuasa lampu basikal. Paling selalu, sebuah magneto kecil yang dipanggil dinamo botol, menggesel-gesel tayar basikal dan menjana kuasa apabila roda berputar. Juga terdapat dinamo hab yang lebih cekap tetapi lebih mahal dan jarang ditemui.

Sungguhpun dipanggil dinamo, namun kedua-dua peranti tersebut sebenarnya magneto yang menghasilkan arus ulang-alik, berbeza dengan dinamo sebenar yang menghasilkan arus terus.